Thursday, 14 June 2012
Wednesday, 13 June 2012
TUGASAN 3
TIPOGRAFI
TUGASAN 4
PEMBUNGKUSAN/PACKAGING
TIPOGRAFI
Dalam tugasan 3 pula, saya diminta untuk menghasilkan tipografi mengikut kata-kata hikmah yang telah disediakan oleh pensyarah kursus tersebut. Kata-kata hikmah yang diberikan kepada saya ialah " IF YOU DONT START FOR SOMETHING, YOU WILL FALL FOR NOTHING ". Kata-kata hikmah ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan segala perkara dalam hidup saya dengan penuh keyakinan.
TUGASAN 4
PEMBUNGKUSAN/PACKAGING
Tugasan seterusnya adalah pembungkusan atau packaging. Dalam tugasan ini,saya telah memilih kerepek bawang sebagai subject matter saya. Saya menghasilkan satu pembungkusan untuk kerepek bawang bagi syarikat saya sendiri. Pada pembungkusan ini, saya telah meletakkan maklumat yang berkaitan dengan kerepek bawang yang telah saya hasilkan untuk memudahkan para pengguna. Saya telah memilih rekabentuk seperti dalam gambar di atas kerana ianya kelihatan menarik dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
MSG 3023 STUDIO GRAFIK BERKOMPUTER
TUGASAN 2
PASAR MALAM DI TANJUNG MALIM
Tugasan kedua pula, saya diminta untuk menghasilkan satu poster yang bertemakan " Pasar Malam di Tanjung Malim ". dalam proses penghasilan poster ini, saya diminta untuk mengambil seberapa banyak gambar suasana di sekitar pasar malam di Tanjung Malim. melalui pengalaman ini, saya dapat melihat pelbagai gelagat masyarakat yang berkunjung ke pasar malam tersebut. Selain itu, sudah menjadi kebiasaan di setiap pasar malam, terdapat pelbagai juadah yang dijual oleh para peniaga. Selain makanan, terdapat juga buah-buahan, sayur-sayuran, pakaian, kasut, barang perhiasan dan sebagainya. Saya sendiri telah memilih juadah " Apam Balik " sebagai subject matter saya dalam poster ini. Poster disebelah menunjukkan setiap proses dalam menghasilkan apam balik yang digemari ramai.
TUGASAN 1
MEMPROMOSIKAN UPSI
![]() |
Tugasan pertama yang diberikan dalam kursus ini ialah menghasilkan poster bersaiz A3 bagi mempromosikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam menghasilkan poster ini, saya telah memilih beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda UPSI itu sendiri. Tidak ketinggalan juga, saya telah memilih pintu gerbang kampus baru iaitu Kampus Sultan Azlan Shah sebagai mercu tanda utama dalam mempromosikan UPSI. Saya telah memilih slogan saya yang tersendiri iaitu 'Komited Membawa Perubahan dalam Pendidikan".
TUGASAN 2
PASAR MALAM DI TANJUNG MALIM

Grafik
Grafik merupakan antara media yang
paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan
sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal
ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer
adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau
kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan
sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.
Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.
Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.
Kepentingan Grafik
Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.
Format Fail Grafik untuk internet
Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).
· GIF (Graphic Interchange Format)
Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin (bulletin board) yang terkemuka. Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.
Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet.
Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.
· JPEG (Joint Photographic Expert Group)
Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.
Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.
Format Fail Grafik Yang lain
· BMP (Bitmap)
BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima ofrmat fail ini.
· TIFF (Tagged Image File Format)
TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.
· PICT
PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.
· TGA (Targa)
TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.
· EPS (Encapsulated PostScript)
merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.
· WMF (Windows Metafile Format)
Format ini digunakan bersama – sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.
Jenis-jenis Grafik
Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.
Fotograf (Gambar Foto)
Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.
Lukisan
Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.
Kartun
Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah aplikasi.
Diagram
Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.
Graf/Carta
Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.
Perisian-perisian Grafik
Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan misalnya) biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa gubahan. Namun adalakanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah :
(i) Microsoft Paint atau Paint Brush
(ii) Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator
(iii) Corel Draw
(iv) Painter 3D
(v) Macromedia Freehand
(vi) Micrograft Designer
(vii) Autucad
Maksud seni
Seni
merupakan sesuatu ciptaan ataupun ekspresi yang dianggap indah. Berlandaskan
beberapa faktor seperti faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan
yang tertentu, seni ini dapat memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal
manusia. Oleh sebab itu, hal seperti ini telah melahirkan kepelbagaian
pengertian seni itu sendiri seperti tradisi, moden dan pascamoden mengikut
zaman dan masyarakat tertentu. Selain itu, penekanan terhadap aspek-aspek
formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya lazimnya diambilkira dalam
melahirkan penghayatan dan penghargaan terhadap karya tersebut. Tambahan lagi,
seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.
Secara
umum pula, seni adalah berkaitan dengan hal mengenai keindahan atau nilai
estetika yang merangkumi aspek jasmani dan kerohanian setiap individu mahupun
masyarakat. Seni dapat ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi
terhadap sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Homby,
1974). Selain itu, seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau suatu
proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan bagi mewujudkan
idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986). Tambahan lagi, Hauser berpendapat
bahawa seni itu adalah komunikasi (1959). Menurut Herbert Read pula, seni itu
adalah suatu penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan
rasa estetika (1959).
Pendidikan
seni visual
Seni
visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkaitkan dengan disiplin seni
halus dan perekaan yang juga meliputi bidang-bidang komunikasi visual,
rekabentuk teknologi dan rekabentuk persekitaran. Secara ringkasnya, ia merangkumi
seni lukis dan seni reka. Tambahan lagi, karya seni visual merupakan suatu
ekspresi visual terhadap sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi
penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang
tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan
perasaan atau idea yang ingin disampaikannya.khalayak atau masyarakat menikmati
karya seni visual apabila bahan yang digunakan oleh pengkarya dengan cara-cara
yang tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu mudah difahami
ataupun digunapakai oleh mereka.
Tambahan
lagi, karya seni visual yang terbentuk menerusi gabungan bahan-bahan yang
berbeza disebut sebagai bahan campuran ataupun mix media. Selain daripada
fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang
pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni
visual yang baru seperti komputer dan video. Sebagai suatu bentuk komunikasi,
seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran,
perasaan dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).
Perkembangan
budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual itu sendiri
dan melahirkan beberapa istilah yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah
seni halus dan seni gunaan telah mencul pada abad ke-18. Seni halus ini merujuk
kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan atau estetika dan
merangkumi bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi
dan juga muzik (Osbome, 1979). Sementara itu, seni gunaan pula merujuk kepada
seni yang berasaskan fungsi seperti produk seni grafik, tekstil, seramik, seni
industry, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni
lanskap, multimedia dan animasi.
Disamping
seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni
keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan
sebagai bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan
cirri-ciri tertentu yang dapat mencerminkan identiti masyarakat tersebut.
Sebagai contoh, identiti dalamkesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni
tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan
maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip agama yang tertentu dan ia
berbeza diantara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep,
tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.
Oleh
itu, kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik,
bahan dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan
persekitaran serta penghayatan masyarakat terhadapnya menjadi perkara-perkara
asas kepada bidang Sejarah Seni Visual.